Sunday, November 29, 2009

Salam Bloggers Untuk Semua

Salam sejahtera kepada semua bloggers. Di harapkan sentiasa sihat bersam insan tersayang :). Blog ini sya wujudkan hasil dari kesinambungan blog yang terdahulu http://ilpmj.blogspot.com. Sya fikir adalah lebih baik mewujudkn sebuah lagi laman blog berkenaan dengan emas supaya tidak bercampur dengan kehidupan seharian di laman blog sebelum ini. OK, Sebagai pembuka kata, sya ada beberapa artikel yang sya dapat dari email/bahan bacaan/pamplet dsb yang boleh dikongsi bersama. Artikel di bawah sya terima dari En. Faizal dari www.nubex.com.my. Atau bole shj pergi melayari ke blog beliau di http://nubexblog.blogspot.com. Info dan produk yang di berikan amat menarik :)



"Saya mambaca satu artikel menarik yang ditulis oleh Robert Blumen mengenai tanggapan sesetengah pihak yang mendakawa bahawa emas sedang berada pada tahap "bubble" yang bakal menyebabkan harganya akan merudum seperti mana housing bubble yang telah berlaku di Amerika Syarikat tidak lama dahulu.

Keunikan emas berbanding portfolio lain yang dikaitkan dengan pelaburan dihurai dengan jelas dan baik. Saya juga mempunyai seorang sahabat baik yang berkemahiran tinggi di dalam analisa dan praktikal berkaitan pasaran komoditi. Melihat kepada pencapaian beliau sepanjang beberapa tahun lalu, ternyata kaedah statistik melalui historical data yang digunakan oleh beliau amat berkesan di dalam menelah pergerakan harga sesuatu komoditi.

Walau bagaimanapun, beliau menemui kesukaran apabila sistem yang digunapakai pada komoditi2 lain cuba dijalankan ke atas emas dan perak. Panjang juga perbicangan kami mengenai hal tersebut. Saya menerangkan kepada beliau tentang keunikan emas dan perak yang mempunyai sejarah yang panjang berbanding dengan fiat money atau yang saya selalu gelar sebagai funny money.

Sebenarnya kejadian emas dan perak yang telah diciptakan oleh Allah SWT sebagai dua logam berharga yang sukar ditiru, sukar dihasilkan, sukar ditemui, dan sukar mendapatkannya menjadikan ianya sesuatu yang sukar untuk dimanipulasi. Disebabkan hal tersebut, seharusnya kita yakin bahawa emas yang kita pegang atau kita miliki itu sebenarnya adalah WANG sebenar, yang patut kita sandarkan sebagai medium pertukaran, dan yang patut digunakan sebagai ukuran nilai bagi sesuatu barang atau perkhidmatan. Wang kertas atau funny money yang kita gunakan saban hari hanyalah satu promise note atau satu nota perjanjian yang dijanjikan oleh pihak yang mencetaknya iaitu bank pusat sesebuah negara. Tanpa jaminan tersebut, ianya hanyalah sekeping kertas yang bernilai 3 sen dan dicetak di atasnya nota 1, 5, 10, 50, atau 100. Sungguh beruntung pihak yang diberi lesen untuk mencetak funny money ini. Dia cetak, dan paksa orang ramai menggunakannya, dan orang ramai pula tidak pernah membantahnya.

Walau bagaimanapun, kitaran ganas (vicious circle) ini tidak akan berakhir begitu sahaja. Ianya seumpama mengekang limpahan tsunami di empangan. Ianya mampu bertahan untuk seketika, tapi bukan untuk selama-lamanya. Tindakan sewenang-wenang Bank Pusat mencetak funny money ini bakal mengundang krisis ekonomi yang parah apabila produktiviti sesebuah negara tidak meningkat selari dengan penciptaan funny money ini. Ditambah pula dengan penciptaan funny money yang bernilai berkali-kali ganda dari nilai sebenar melalui fractional reserve, sesebuah bank mampu mencipta funny money baru melalui pinjaman yang disediakan kepada para pelanggan mereka. Tidak cukup dengan itu, kerakusan mereka ditambah lagi dengan penciptaan interest atau kadangkala dipanggil kadar keuntungan yang menyebabkan penciptaan funny money terus berkembang seperti mana pengembangan atom di dalam bom nuklear.

Ironinya, inilah juga sistem yang digunapakai di dalam perbankan Islam. Sesungguhnya nama produk atau memanggil pinjaman sebagai pembiayaan contohnya, tidaklah mampu mengubah hakikat bahawa ianya berpunca dari lendir yang sama."

No comments:

Post a Comment