Thursday, December 3, 2009

1st Batch di Agro Bank



Saya ingin berkongsi cerita yang biasa di dengari dalam mana-mana laman sesawang ataupun blog pelaburan emas. Kisah pajakan emas di Ar-Rahnu. Kali ini sya hendak kongsi pengalamn sya sendiri. Picture kt atas ialah surat pajakan emas dari Agro Bank cawangan Jasin. Ini adalah pengalaman pertama sya memajak emas
di Agro bank. Mulanya sya bercadang ingin ke Agro Bank cawangan Tangkak. Tetapi sya dimaklumkan yang Agro Bank cawangan Tangkak belum lagi mempunyai Ar-Rahnu nya yang sendiri. Jadi, instead ke Muar, sya ambil keputusan ke Jasin memandangkan lebih hampir dengan tempat kerja sya.


Emas yang menjadi 'mangsa' pajakan ialah PG20gram dan PohKong10gram. Boleh lihat sendiri jumlah marhum dan nilai pinjaman yang sya dapat. Apa yang saya hendak kongsikan ialah :

1. Nilai pinjaman sya hanya 57.48% dari nilai marhum. (Rendahnya! Terkejut juga sya apabila pegawai tersebut memberitahu sya nilai pinjaman untuk pelanggan baru tidak lebih 60%, alasannya kerana sya pertama kali membuat pajakan di situ :( Sya sekadar tersenyum pahit)

2. Emas sya dinilai bukan dengan emas 24K 999 tetapi dengan rate emas bar. RM110.18 per gram! Wahh! Sya memang perlukan duit dengan segera pada waktu tersebut untuk tujuan merempit. Jadi, sya tidak ambil kisah sangat. Hasil pinjaman tadi sya beli 10gram Emirates 24K dan 1 Islamic Dinar dari www.nubex.com.my

Apa iktibar yang sya dapat? Walaupun pinjaman tidak mencapai 60% dan emas bar sya dinilai dengan harga yang rendah dari harga semasa emas, sya tetap boleh senyum hingga ke telinga (: kerana sekarang ini emas naik dengan mendadaknya. Sekiranya selepas ini sya menebus semula emas tersebut dan berhasrat untuk memajaknya di Yapeim dan dinilai dengan emas 24K 999, tentu keUNTUNGan yang sya dapat berlipat kali ganda (:

Ada satu lagi cerita yang sya hendak kongsikan. Tunggu...

2 comments:

  1. salam.
    nape agrobank gua muse tak terima coins dan bar.huhuhu

    ReplyDelete
  2. untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com

    harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa

    ReplyDelete