Tuesday, December 15, 2009

Kisah Dirham di Jln Raja Laut



Salam sejahtera untuk sahabat semua. Posting kali ini sya hendak berkongsi cerita tentang dirham yang baru sya miliki minggu lepas. Kesemua dinar ini sya beli dari En. Nizam Jentayu Emas Trading. Transaksi berlaku  berhadapan dengan menara UOB di Jalan Raja Laut KL. Sya hanya beli 4 Dirham untuk permulaan. Insyaallah ade rezeki di masa lain sya memang bercadang untuk menambah pegangan dirham. Tapi apa yang menarik ialah dapat ilmu/informasi berguna dari En. Nizam.


Dengan masa yang singkat (15 minit), En. Nizam mengubah persepsi sya ke atas Dinar/Dirham. Ada logiknya apa yg beliau cuba sampaikan. Sesetengah pihak memanipulasi (mengambil kesempatan/keuntungan) Dinar dengan membeli pada waktu harga rendah dan menjualnya kembali pada waktu harga tinggi. Bukankah ini hanya berkonsepkan keuntungan semata? Wal hal kita semua tahu Dinar ini matawang sunah. Sepatutnya Dinar/Dirham ini perlu diurusniagakan dan ianya perlu berlegar dalam komuniti masyarakat. Contoh yg terbaik adalah di Indonesia dimana mereka mempunyai pasar terbuka yg menggunakan Dinar/Dirham sebagai matawang transaksi. Di Malaysia, kita belum ke tahap itu. Tetapi apa yg cuba dilakukan oleh En. Nizam pada masa sekarang dan akan datang patut di puji. Sya sekadar berdoa/berharap semoga impian untuk kita mempunyai pasar terbuka dapat dilaksanakan pada tahun hadapan. A thousand steps begin with one!



En. Bahtiar juga berkongsi pengalaman beliau di semasa berada di Indonesia. Sejauh mana penggunaan Dinar/Dirham di sana berbanding di Malaysia. Banyak juga persoalan yang bermain dibenak hati sya dan Alhamdulillah ianya terjawab walaupun bukanlah 100% memuaskn hati sya, antaranya:
1. Apa jadi sekiranya bank muflis? eg: Ma*bank. Bagaimana dengan semua duit kita di dalamnya? Apa akan jadi pada loan kereta/rumah kita sebagai contoh?
2. Kenapa Bank atau institusi tertentu sudah tidak mahu menerima goldbar/coins utk di Ar'Rahnu kan?
3. Apa beza Dinar keluaran PG dengan Islamic Dinar? Kenapa tiada ciri-ciri 'islamic' pada Dinar PG?
4. Bagaimana untuk membuat urusniaga menggunakan Dinar pada masa hadapan?



Cukup sampai disini lain kali berjumpa lagi. Sya tidak bermaksud langsung untuk memburukkan mana-mana pihak. Segala yg baik datang dari-NYA dan yg buruk itu dari sya sendiri selaku hamba-NYA yg lemah...

2 comments:

  1. Salam En Rizal

    Adalah menjadi tanggungjawab kita utk berkongsi ilmu dan pandangan. Mungkin dimasa akan dtg, kita boleh berbincang dgn lebih mendalam lagi.
    Mungkin En Rizal boleh gerakkan usaha Dinar dan Dirham di kawasan En Rizal. Insya Allah

    ReplyDelete
  2. untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com

    harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa

    ReplyDelete