Thursday, March 11, 2010

Koleksi Awal Tahun



Alhamdulillah...Apa khabar kengkawan dan pembaca semua? Lama rasenye x update blog ni. Maklumlah masa dan kewangan yang terhad. Bak kata kengkawan, ada duit beli emas, x de duit tengok je la...hehehe. Sya biasa ke laman web jutawanemas hampir setiap hari. Tengok kengkawan bersembang dan kalau2 ade info terbaru tentang emas.

Saya masih ingat lagi waktu tu malam tahun baru islam yang lepas di sunway piramid bersama baboon Laut atau encik Asri kite. Transaksi untuk seutas rantai leher (sya da lupe berapa beratnya) telah berlaku diantara kami. En. Asri siap bawak penimbang, gold tester dan silver bar (besar punye!). Harga emas waktu tu agak tinggi (tidak mengapa kerana sya faham turun naiknya nilai emas).  Di celah2 keramaian orang lalu lalang kami lepak kat starbuck cafe. (Lepak je tau, x order minum pon). Tapi ilmu yang kami kongsi amat berharga. Selesai urusan sya tolong hantar En. Asri kite ke Komuter Tmn Dato Harun. :) Harap dapat berurusan dengan beliau di lain hari.

Cerita 1 gram poh khong pulak saya dapat secara post dari idayu, comel je emas tu mcm tuannya jugak..hehehe. Dapatlah tambah koleksi. Semoga tuhan memudahkan rezeki sya dan kengkawan tahun ini untuk menambah pemilikan emas...Amin!



Artikel di bawah ni sya copy dari laman sesawang/blog kawan kita dan sya edit penerangannya mengikut kehendak sya. Sya yakin ramai diantara kita yg telahpun/pernah membacanya. Harap beliau tidak kesah, artikel yg simple tapi membawa sebab yg utama kenapa kita perlu menyimpan dinar emas.



Kos bagi menunaikan Haji pada tahun 2002 adalah setara ataupun lebih kurang 63 dinar, manakala kos bagi menunaikan Haji pada tahun 2009 pula hanya setara 21 dinar sahaja. You do the math! 66% pengurangan kos menunaikan Haji dapat dikurangkan. God will, tidak mustahil 21 dinar yg kita simpan sekarang boleh menampung kos 2 orang bakal Haji dalam masa 5 - 10 akan datang. Hebat bukan?

Tapi, apa akibatnya kalau kita menyimpan wang ringgit untuk menampung perbelanjaan mengerjakan Haji? Sya percaya anda ada jawapannya ;)

No comments:

Post a Comment