Alhamdulillah....Awal November tahun ni dapat lagi sya tambahkan pegangan dirham pula. Dikatakan trend sekarang ramai orang mula menyimpan perak. Sya beli dari yati melalui laman sesawang Komuniti Emas
dengan tawaran harga yang menarik.
(Sedang menunggu ketibaan 2 dirham Kelantan yg dibeli dari Nubex...)
Salam ziarah buat sahabat handai...Alhamdulillah, setelah negeri Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham, negeri Perak pula bakal menyusul. Sangat teruja apabila negeri kelahiran saya bakal mempunyai matawang sunnah ini. Saya berharap semoga ianya tidak sesekali dipolitikkan...Saya juga sentiasa berharap semoga Allah s.w.t sentiasa mempermudahkan rezeki saya untuk memiliki Dinar dan Dirham...Amin...
Salam ziarah buat kawan2. Alhamdulillah, lama da x update blog, tiba2 jadi semangat bile emas cecah usd1200 per oz. Kali ini sya ingin berkongsi pengalaman sedikit membeli emas di UOB. 1/10 oz sya beli sebanyak 2 keping. Seronok dan syukur sebab inilah first time sya ade koleksi Gold Maple Leaf.
Alhamdulillah...Apa khabar kengkawan dan pembaca semua? Lama rasenye x update blog ni. Maklumlah masa dan kewangan yang terhad. Bak kata kengkawan, ada duit beli emas, x de duit tengok je la...hehehe. Sya biasa ke laman web jutawanemas hampir setiap hari. Tengok kengkawan bersembang dan kalau2 ade info terbaru tentang emas.
Salam sejahtera untuk sahabat semua. Posting kali ini sya hendak berkongsi cerita tentang dirham yang baru sya miliki minggu lepas. Kesemua dinar ini sya beli dari En. Nizam Jentayu Emas Trading. Transaksi berlaku berhadapan dengan menara UOB di Jalan Raja Laut KL. Sya hanya beli 4 Dirham untuk permulaan. Insyaallah ade rezeki di masa lain sya memang bercadang untuk menambah pegangan dirham. Tapi apa yang menarik ialah dapat ilmu/informasi berguna dari En. Nizam.